14/08/2014
Perodua Axia Dibuka Untuk Tempahan Mulai 15 Ogos 2014

Perodua Axia yang merupakan kenderaan cekap tenaga atau pun EEV pertama di Malaysia bakal dibuka tempahan di semua pusat jualan dijual mulai 15 Ogos 2014. Ianya dijual dengan harga RM24,900 bagi Semenanjung Malaysia.
Model ini merupakan kereta yang paling cekap tenaga yang boleh bergerak sejauh 21.6 kilometer seliter, mempunyai keluasan yang sesuai, mempunyai ciri-ciri yang unik dan kos untuk memiliki yang rendah.
Kereta ini mampu memuatkan empat beg perjalanan kerana ianya berkapasiti but 260 liter dan mempunyai keselesaan yang maksimum.
Perodua Axia merupakan model ke-10 Perodua yang mempunyai versi moden dan mesra alam akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.
One Comment
harga perodua axia murah jika dibandingkan kereta lain.mesti ramai yang beli
ainun recently posted…90% Peserta Berjaya Buat Duit