KAFA Setuju Terima Tajaan Daripada Vida Beauty

KAFA Setuju Terima Tajaan Daripada Vida Beauty

KAFA Setuju Terima Tajaan Daripada Vida Beauty
KAFA Setuju Terima Tajaan Daripada Vida Beauty

Persatuan Bola Sepak Kelantan telah mengorak langkah yang terbaik apabila KAFA setuju terima tajaan daripada Vida Beauty. Ianya khas untuk pasukan bola sepak Kelantan atau lebih dikenali di kalanga penyokong-penyokong sebagai The Red Warriors.

Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA telah memaklumkan berita gembira tersebut di mana kedua-dua pihak akan memeterai kontrak rasmi penajaan yang akan berlaku pada 15 Januari 2016.

Tambahan pula, perbincangan rasmi telah pun dilaksanakan melibatkan kedua-dua pihak iaitu antara KAFA dan Datuk Seri Vida atau nama penuh beliau ialah Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman. Pengasas Vida Beauty tersebut telah mengemukan 33 terma tambahan di mana ianya telah dibincangkan.

Tindakan susulan akan dibuat bersama dan pada 15 Januari 2016 ini segala kontrak rasmi akan dimuktamadkan. Selain itu, KAFA juga bersetuju dengan menawarkan jawatan Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017 kepada Dr. Vida.

Pengalaman luas Dr. Vida dalam bidang penjenamaan dan pemasaran telah membuatkan pihak KAFA menawarkan tawaran Penasihat Kehormat KAFA. Kerjasama yang dilaksanakan ini diharapkan dapat memajukan pasukan bola sepak Kelantan.

KAFA setuju terima tajaan daripada Vida Beauty dengan Dr. Vida bakal membelanjakan lebih kurang RM 1 juta untuk menghias dan mengecat Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu di samping menjadikan stadium tersebut sebagai ke Pamoga Qu Puteh TRW.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam