Jose Mourinho Puji Persembahan David De Gea Manchester United

Jose Mourinho Puji Persembahan David De Gea Manchester United

Jose Mourinho Puji Persembahan David De Gea Manchester United
Jose Mourinho Puji Persembahan David De Gea Manchester United

Berita terbaik buat para penyokong dengan Manchester United apabila mengalahkan Arsenal 3-1 dengan Jose Mourinho Puji Persembahan David De Gea Manchester United.

Pengurus pasukan Manchester United telah menganggap bahawa David De Gea merupakan penjaga gol terbaik dunia dengan bertindak hebat menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari pasukan Arsenal.

Berita berkenaan kemenangan tersebut telah membuatkan Manchester United cuma ketinggal lima mata di belakang pendahulu liga iaitu Manchester City. Manchester City berpeluang menjarakkan kembali jurang dengan lapan mata jika mengalahkan West Ham United selepas ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates telah menyaksikan anak buah Jose Mourinho berada di hadapan melalui gol awal Antonio Valencia pada minit keempat dan Jesse Lingard enam minit kemudian.

Tuan rumah berjaya merapatkan kedudukan dengan berjaya menghasilkan satu gol menerusi Alexandre Lacazette empat minit selepas separuh masa kedua bermula.

Jesse Lingard berjaya menghasilkan gol kedua buat dirinya dan gol ketiga buat Manchester United pada minit ke-63 bagi memastikan tiga mata berharga di bawa pulang. Kemenangan ini sedikit terencat apabila Paul Pogba dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Hector Bellerin.

Jose Mourinho Puji Persembahan David De Gea Manchester United dengan penjaga gol seperti David De Gea sangat diperlukan bagi mencipta kemenangan kerana usaha dari pemain tersebut sangat memukau. Jose Mourinho juga berkata bahawa Arsenal juga seharusnya bermain dengan 10 pemain selepas Laurent Koscielny menerjah keras terhadap Romelu Lukaku.

Arsenal merupakan pasukan yang bagus ketika melancarkan serangan tetapi pemain Manchester United berjaya menghalang percubaan pemain tuan rumah. Manchester United sememangnya berhak menang dan mendapat tiga mata berharga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam