Bola Sepak JDT Bakal Terima Stadium Baharu
Bola sepak JDT bakal terima stadium baharu yang ini merupakan berita yang menarik bagi seluruh rakyat negeri Johor. Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi di Liga Super akan menerima stadium yang dibina di Nusajaya yang akan mengambil masa selama setahun setengah.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda dimaklumkan berkenaan ini dari sebuah syarikat terkemuka. Majlis pecah tanah bakal diadakan pada 30 Januari 2016 bersama-sama dengan penyokong skuad Harimau Selatan.
Penyokong-penyokong adalah sebagai tulang belakang yang sentiasa menyokong skuad JDT sehingga JDT berada di tahap yang terbaik pada masa kini. Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengurniakan tanah bagi membolehkan Bandar Sukan JDT dihasilkan dan juga sumbangan dana untuk menghasilkan stadium baharu.
Bola sepak JDT bakal terima stadium baharu yang mempunyai tanah seluas 28 hektar tersebut bakal mempunyai pelbagai jenis sukan di bawah nama JDT yang turut mempunyai kemudahan lain seperti hotel, apartment dan pusat membeli-belah.
Sultan Johor berasa sangat gembira berikutan sukan bola sepak sebagai perkara penting dalam mengeratkan perhubungan bangsa Johor seterusnya telah mengharumkan nama Johor di persada antarabangsa.
bagus la kalau dapat stadium baru.
harap lebih besar dan lebih banyak orang boleh masuk.
titan recently posted…Vouloir C’est Pouvoir.