28/12/2013
Trofi Piala Dunia di PWTC 5 Januari 2014
Peminat bola sepak boleh melihat dari dekat trofi Piala Dunia yang akan dipamerkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Januari 2014.
Kuala Lumpur merupakan lokasi persinggahan trofi dalam Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014 mengikut Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Ianya dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 3 Januari 2014. Pelbagai aktiviti akan diadakan oleh pihak Coca-Cola.