Lee Chong Wei Archives - Berita Semasa Online

Tag: Lee Chong Wei

Lee Chong Wei Juara Terbuka Siri Super Malaysia 2014

Datuk Lee Chong Wei menjadi juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil untuk kali ke 10. Chong Wei menewaskan pemain nombor empat dunia Tommy Sugiarto dari Indonesia dengan 21-19 dan 21-9 dalam masa 47 minit. Lee Chong Wei membawa pulang wang tunai RM123,637 manakala naib juara Tommy mendapat RM62,443.

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Jepun

Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Terbuka JepunĀ untuk kali keempat pada perlawanan akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium. Pemain berusia 31 tahun menumpaskan pemain tuan rumah Kenichi Tago 23-21 dan 21-17 dalam masa 55 minit. Chong Wei memenangi Terbuka Jepun sebanyak tiga kali pada 2007, 2010 dan 2012.