22/09/2013
Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Jepun
Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Terbuka Jepun untuk kali keempat pada perlawanan akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium.
Pemain berusia 31 tahun menumpaskan pemain tuan rumah Kenichi Tago 23-21 dan 21-17 dalam masa 55 minit.
Chong Wei memenangi Terbuka Jepun sebanyak tiga kali pada 2007, 2010 dan 2012.