Datuk Lee Chong Wei juara badminton terbuka China 2015 selepas menewaskan pilihan utama iaitu Chen Long pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, .
Datuk Lee Chong Wei menjadi juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil untuk kali ke 10. Chong Wei menewaskan pemain nombor empat dunia Tommy Sugiarto dari Indonesia dengan 21-19 dan 21-9 dalam masa 47 minit. Lee Chong Wei membawa pulang wang tunai RM123,637 manakala naib juara Tommy mendapat RM62,443.
Datuk Lee Chong Wei tidak dapat mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea apabila kalah kepada Chen Long di Gimnasium Olimpik 2, Seoul. Chong Wei kalah 14-21 dan 15-21 dalam masa 56 minit pada perlawanan akhir tersebut.
Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Terbuka JepunĀ untuk kali keempat pada perlawanan akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium. Pemain berusia 31 tahun menumpaskan pemain tuan rumah Kenichi Tago 23-21 dan 21-17 dalam masa 55 minit. Chong Wei memenangi Terbuka Jepun sebanyak tiga kali pada 2007, 2010 dan 2012.