Luis Suarez Pemain Uruguay Digantung 9 Perlawanan Oleh FIFA

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau pun FIFA telah secara rasminya menggantung penyerang Uruguay iaitu Luis Suarez sebanyak sembilan perlawanan kerana bersalah menggigit pemain Itali iaitu Giorgio Chiellini semasa perlawanan antara Itali dan Uruguay Piala Dunia 2014.
Jawatankuasa Tatatertib FIFA menyatakan Luis Suarez telah melanggar Artikel 48, Perenggan 1(D), Kod Tatatertib FIFA (serangan) dan Artikel 57 FDC (melakukan satu tindakan tidak melambangkan semangat kesukanan ke atas pemain lain).
Luis Suarez bakal digantung sembilan perlawanan rasmi dan selama empat bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak. Penggantungan pertama perlawanan bermula ketika perlawanan Piala Dunia FIFA antara Colombia dengan Uruguay pada 28 Jun 2014.
Luis Suárez juga pemain Liverpool FC didenda sebanyak RM359,833 dan Uruguay telah pun dimaklumkan berkenaan perkara ini.
hoho..tu la. main gigit-gigit lagi.
titan recently posted…Budaya kerja kau bukan kelas pertama. Sebab itu kau selalu GAGAL.
boleh tahan dendanya, harap dah pencen mengigit lepas ni…
Denaihati recently posted…Contest KDK Malaysia Charity Challenge
kelakar la siap main gigit2.. ingat Drakula ke? hahaa.. kan dh kena gantung dan denda.. denda pun xhengat byk tu.. tp mujurla gaji korang besarr
mr.pingu recently posted…Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri