08/11/2013
Lapan Pemain Kelantan Berhijrah
Kelantan akan mempunyai pemain yang baru apabila lapan pemainnya meninggalkan The Red Warriors menjelang saingan Liga Malaysia bagi tahun 2014.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan iaitu Tan Sri Annuar Musa telah memaklumkan perkara tersebut.
Mereka ialah Daudsu Jamaluddin, Syakir Shaari, S Subramaniam, Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi Rosid, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhammad dan Izuan Salahuddin.
Senarai pemain TRW bagi musim 2014 akan diumumkan sebelum akhir bulan ini.