Hospital Tengku Ampuan Afzan Bedah Wanita Umur 104 Tahun
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang telah berjaya mencipta sejarah kerana telah melakukan pembedahan terhadap pesakit yang berumur lebih daripada 100 tahun. Perkara ini mungkin yang pertama di Pahang atau pun di negara Malaysia.
Pembedahan tersebut telah dilakukan pada 14 November 2014 yang lepas oleh Dr. V.A. Yakub Abraham selaku Pakar Bedah Ortopedik. Wanita tersebut yang bernama Hee Lian telah pun patah tulang pahanya dan plat telah dimasukkan ke dalam paha kanan wanita terbabit yang berumur 104 tahun. Wanita tersebut patah tulang pahanya akibat terjatuh di rumah anak lelakinya.
Tambahan pula, wanita tersebut lahir pada 11 Ogos 1910 telah pun dibenarkan keluar dari hospital pada 21 November 2014 selepas menjalani pembedahan. Pembedahan ini sebagai percubaan yang berani dilakukan oleh hospital kerajaan kepada pesakit yang paling tua.
Perkara ini dikongsikan juga oleh Datuk Dr. Marlia Mohamed Salleh selaku Pengarah HTAA yang menyatakan pembedahan ini telah berjaya dilakukan terhadap pesakit yang paling tua dan berkemungkinan yang paling tua di Malaysia.
Sharing is caring!
umur 104 tahun?
pehh..tua tu.
titan recently posted…Kisah Sontot Pemain Emas ETA 2015