19/05/2014
Datuk Mah Siew Keong Lawan Dyana Sofya Mohd Daud PRK Parlimen Teluk Intan
Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Teluk Intan akan menampilkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional iaitu Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP iaitu Dyana Sofya Mohd Daud.
Pengumuman tersebut dilakukan di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak pada pukul 10.21 pagi tadi.
Borang pencalonan diterima daripada Datuk Mah Siew Keong pada pukul 9.05 pagi dan daripada Dyana Sofya pada pukul 9.08 pagi.
Proses penamaan calon dibuka pukul 9 pagi dan ditutup tepat pada 10 pagi.

Related Posts:
Sharing is caring!
Related Posts

Semakan Calon Parlimen Pilihan Raya Umum ke 14 Putrajaya

Semakan Calon DUN Pilihan Raya Umum ke 14 Negeri Perlis
