
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. iaitu (Syabas) tidak menerima lagi pembayaran bil air melalui kaunter pembayaran milik Telekom Malaysia Berhad (TM). Ianya termasuk ejen lantikan bermula 1 Disember 2014.
Pihak Syabas juga tidak menerima pembayaran bil telefon TM di semua kaunter perkhidmatan mengikut tarikh yang sama juga.
Pengguna-pengguna bagi perkhidmatan ini masih mempunyai kelebihan untuk melaksanakan pembayaran bil melalui pelbagai saluran pembayaran. Ianya boleh dilakukan secara tunai, cek atau perbankan internet di agensi kutipan sah lantikan Syabas.