Suspek Bunuh Siswi Norsyuhada Johari Telah Direman

Suspek Bunuh Siswi Norsyuhada Johari Telah Direman

Suspek Bunuh Siswi Norsyuhada Johari Telah Direman
Suspek Bunuh Siswi Norsyuhada Johari Telah Direman

Seorang suspek yang dipercayai mengelar dan menikam seorang siswi bernama Nursyuhada Johari di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan hampir dengan Bukit Gantang telah pun direman selama tujuh hari.

Tambahan pula, suspek yang berusia 25 tahun telah pun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar bagi proses tahanan reman pada pukul 10 pagi.

Suspek bakal direman sehingga 9 Februari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti yang dibenarkan oleh Majistret Rosnee Mohd Ridzuan yang hadir di balai polis tersebut.

Selain itu, pemuda tersebut yang dipercayai teman lelaki mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka telah dibawa kembali ke Ibu Pejabat Polis Taiping lebih kurang pukul 10.45 pagi.

Kes ini bersangkutan dengan kejadian semalam apabila mangsa Norsyuhada Johari yang berumur 20 tahun merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh Pulau Pinang telah meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar semasa dalam rawatan setelah dikelar dan ditikam oleh suspek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam