Minyak Petrol Percuma Untuk 250 Penunggang Motosikal di Tambun

Minyak Petrol Percuma Untuk 250 Penunggang Motosikal di Tambun
Minyak Petrol Percuma Untuk 250 Penunggang Motosikal di Tambun

Berita menyeronokkan apabila pengagihan minyak petrol percuma untuk 250 penunggang motosikal di Tambun. Ianya dilakukan oleh seorang ahli perniagaan yang bermurah hati memberikan bantuan pengisian minyak petrol di sebuah stesen minyak di Tambun.

Ahli perniagaan yang memberikan minyak petrol tersebut tidak mahu dikenali telah membelanjakan sebanyak RM1,000 yang dibahagikan kepada 250 penunggang motosikal. Motosikal adalah di bawah 110 cc dengan RM4 bagi setiap motosikal.

Mengikut apa yang dikatakan oleh pengurus stesen minyak, ramai orang berkumpul bermula pukul 8 pagi untuk mendapatkan kupon. Menerusi kupon tersebut penunggang motosikal boleh mengisi minyak petrol secara percuma.

Minyak petrol percuma untuk 250 penunggang motosikal di Tambun adalah untuk membantu meringankan tanggungan orang yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah. Pihak-pihak tertentu boleh menggunakan cara ini untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam