Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Hari Raya Aidilfitri. Kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini. Ianya diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan.