Robot Archives - Berita Semasa Online

Tag: Robot

Pejalan Kaki di New York Takut Bayi Robot

Kejutan yang dilakukan oleh bayi robot telah membuatkan beberapa orang pejalan kaki berasa takut di New York. Ianya dikawal alat kawalan jauh yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong. Bayi akan bersuara jika terdapat seseorang yang mendekati dan melihat kereta sorong tersebut. Perkara ini bagi mempromosikan filem Devil’s Due yang akan ditayangkan nanti.

Tao Xiangli Cipta Robot Gergasi Dengan Kos 150,000 Yuan

Seorang pencipta amatur iaitu Tao Xiangli di Beijing telah mencipta sebuah robot diperbuat daripada barang-barang kitar semula dan wayar elektrik di rumahnya. Dia menggunakan wang kira-kira 150,000 yuan (RM73,427) selama lebih 11 bulan untuk membuat robot. Barang-barang dibeli dari kedai menjual barang-barang terpakai. Robot tersebut mempunyai ketinggian 2.1 meter dan mempunyai berat 480 kilogram.