Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia 27 Ogos 2014 ke Mekah manakala penerbangan akhir pada 27 September 2014. Pengerusi Lembaga Tabung Haji iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Rahim telah memaklumkan bahawa 64 penerbangan dijadualkan bagi membawa 22,320 jemaah haji. Penerbangan pulang pertama jemaah haji ke Malaysia pada 10 Oktober 2014 dan penerbangan akhir pada 8 November 2014.