Berita menggembirakan apabila diumumkan bahawa kuota Jemaah Haji kembali jumlah asal bagi tahun 2017. Kuota tersebut melibatkan jumlah asal sebanyak 27,800 orang berbanding dengan 22,320 orang sebelum ini.
Keputusan bagi mengurangkan kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi tetap dilaksanakan kepada semua negara Islam di seluruh dunia yang ingin menunaikan ibadat haji pada tahun 2015.
Lembaga Tabung Haji baru sahaja mengumumkan bonus tahunan 6.25 peratus beserta tambahan 2 peratus bonus haji untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2014. Pemberian bonus tersebut disebabkan Tabung Haji mencatat perkembangan kewangan yang bagus dan bonus haji yang diberikan menunjukkan bahawa mereka menghargai para pendeposit. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri