11 Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Sektor Awam
Kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari 2014 iaitu :
1. Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri dikurangkan 10 peratus. Elaun keraian pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan 5 hingga 10 peratus.
2. Pengurangan 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan.
3. Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30 peratus.
4. Permohonan baru mengubahsuai ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan.
5. Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek- projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
6. Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
7. Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam.
8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
9. Mengurangkan penggunaan bunting dan banner bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
10. Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
11. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.