Wanita Jamaica Bernama Violet Brown Bergelar Manusia Tertua Di Dunia

Wanita Jamaica Bernama Violet Brown Bergelar Manusia Tertua Di Dunia
Wanita Jamaica Bernama Violet Brown Bergelar Manusia Tertua Di Dunia

Berita yang sememangnya menarik apabila Wanita Jamaica Bernama Violet Brown Bergelar Manusia Tertua Di Dunia. Beliau berumur 117 tahun dan 36 hari telah menjadi orang yang hidup paling lama di dunia. Ianya selepas Emma Morano dikenali sebagai manusia ‘supercentenarian’ meninggal dunia pada umur 117 tahun.

Supercentenarian’ bermaksud orang yang telah tinggal atau pun meninggal dunia selepas ulang tahun yang ke 110. Tambahan pula, Guinness World Book of Records telah pun mengiktiraf Brown sebagai supercentenarian pertama dari Jamaica seterusnya adalah yang tertua yang berasal dari Pulau Caribbean.

Berita berkenaan Violet Brown telah dilahirkan pada 10 Mac 1900 di Duanvale, Trelawny iaitu di mana sangat berhampiran dengan tempat kelahiran pemegang rekod dunia acara olahraga iaitu pelari legenda Usain Bolt.

Jamaica merupakan jajahan Empayar British pada tahu 1900an yang membolehkan Brown adalah dari bekas jajahan takluk terakhir Queen Victoria yang masih hidup pada ketika itu di mana Queen Victoria telah meninggal dunia pada Januari 1901.

Selain itu, Violet Brown bekerja sebagai seorang petani tebu dan juga membantu suaminya menjaga rekod tanah perkuburan. Beliau berasa bangga dengan umur yang lanjut.

Brown sangat meminati makanan yang bercirikan ikan, daging kambing dan juga kadang-kadang memakan kaki lembu. Beliau juga meminati ubi keledek, kentang Ireland, sukun dan buah-buahan terutama oren dan mangga.

Fairweather yang berumur 96 tahun adalah merupakan orang tertua yang masih mempunyai ibu dan bapa yang masih hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam