Venice Itali Halang Pelancong Tarik Beg Beroda 2015

Venice Itali Halang Pelancong Tarik Beg Beroda 2015

Venice Itali Halang Pelancong Tarik Beg Beroda 2015
Venice Itali Halang Pelancong Tarik Beg Beroda 2015

Majlis Perbandaran Venice di Itali telah pun membuat undang-undang baru yang bakal mengharamkan pelancong asing menggunakan bagasi yang ditarik atau pun bagasi beroda. Ianya tidak boleh digunakan di jalan raya kerana dikatakan terlalu bising.

Peraturan ini yang bakal dikuatkuasakan mulai Mei 2015 akan dikenakan kepada pelancong asing. Pelancong-pelancong yang melanggar peraturan ini bakal dikenakan denda sebanyak RM 2,705 atau pun 500 euro.

Penduduk-penduduk di sini merungut kerana beg beroda tersebut mengeluarkan bunyi yang sangat bising. Perkara ini menyebabkan pencemaran bunyi di bandar tersebut dan mengganggu penduduk-penduduk.

Bunyi bising tersebut telah mengganggu penduduk-penduduk untuk tidur terutama pada waktu malam.

Walau bagaimanapun, beg-beg yang menggunakan roda berisi angin dibolehkan untuk digunakan di bandar ini kerana ianya tidak mengeluarkan bunyi yang bising.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam