Ulisses Morais Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim Yang Baharu

Ulisses Morais Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim Yang Baharu

Ulisses Morais Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim Yang Baharu
Ulisses Morais Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim Yang Baharu

Berita terbaru yang diketahui di selatan tanah air bahawa Ulisses Morais Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim Yang Baharu sahaja dilantik oleh kelab JDT.

Perkara ini baru sahaja diumumkan bahawa Ulisses Morais bakal Ketua Jurulatih dan Pengurus skuad Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ulisses Morais yang berumur 57 tahun telah pun menggantikan pengendali Johor Darul Ta’zim sebelum ini iaitu Benjamin Mora yang berumur 38 tahun yang telah diberikan peranan untuk melatih pasukan JDT II semula.

Berita ini terdapat di Johor Southern Tigers yang merupakan laman Facebook JDT telah menyatakan bahawa pengendali baharu ini mempunyai pengalaman yang luas dalam melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal.

Kelab-kelab yang dilatih sebelum ini termasuklah Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar, Academica De Coimbra dan banyak lagi kelab yang dilatih.

Tambahan pula, ramai pemain ternama yang telah dilatih oleh Ulisses Morais sepanjang tugasnya sebagai jurulatih di sana. Kelab JDT berharap bahawa Ulisses Morais akan menguruskan JDT dengan sebaik-baiknya.

Pengalaman jurulatih tersebut dapat meningkatkan lagi mutu permainan JDT dan diharapkan dapat mencapai lebih banyak lagi kejayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam