Ubat Penawar Demam Denggi Berada di Pasaran

Ubat Penawar Demam Denggi Berada di Pasaran

Ubat Penawar Demam Denggi Berada di Pasaran
Ubat Penawar Demam Denggi Berada di Pasaran

Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menghasilkan kapsul daripada sari daun betik telah pun berjaya dihasilkan. Kapsul bertujuan sebagai penawar bagi merawat demam denggi yang menjadi fenomena yang membimbangkan bagi sesetengan negeri di Malaysia.

Sari daun betik akan meningkatkan platlet darah di dalam tubuh pesakit demam denggi dengan kadar yang lebih cepat. Kapsul daun betik ini dihasilkan bagi mempelbagaikan rawatan alternatif bagi merawat demam denggi.

Tambahan pula, ubat yang dihasilkan ini sudah pun berada di pasaran dengan ubat dalam bentuk cecair dan kapsul boleh mula didapatkan di hospital dan farmasi.

Kementerian pada permulaan ini hanya akan mengedarkan ubat ini dalam bentuk cecair manakala bagi bentuk kapsul orang ramai boleh membelinya di farmasi yang berdekatan.

Selain itu, produk jus minuman yang berasaskan daun betik juga dipercayai boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif bagi demam denggi kerana boleh mencepatkan penyembuhan bagi pesakit denggi. Justeru, semoga penyakit demam denggi dapat dikurangkan di negara ini dan semua rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam