Tunku Mahkota Johor dan Tan Sri Annuar Musa Calon Rebut Jawatan Presiden FAM

Tunku Mahkota Johor dan Tan Sri Annuar Musa Calon Rebut Jawatan Presiden FAM

Tunku Mahkota Johor dan Tan Sri Annuar Musa Calon Rebut Jawatan Presiden FAM
Tunku Mahkota Johor dan Tan Sri Annuar Musa Calon Rebut Jawatan Presiden FAM

Berita yang menarik buat seluruh rakyat Malaysia iaitu Tunku Mahkota Johor dan Tan Sri Annuar Musa Calon Rebut Jawatan Presiden FAM. Dua orang calon rasmi ini merupakan calon yang sesuai untuk mengetuai FAM bagi meningkatkan mutu bola sepak Malaysia di mata dunia.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu Tan Sri Annuar Musa telah pun disahkan secara rasmi pada hari ini bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tambahan pula, jawatan Timbalan Presiden pula akan ditandingi oleh penyandang sedia ada iaitu Datuk Seri Afandi Hamzah yang bakal dicabar oleh Datuk Yusof Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal.

Selain itu, bagi jawatan Presiden sebelum ini terdapat empat orang calon tetapi hanya dua orang sahaja telah disahkan. Bagi jawatan Timbalan Presiden pula daripada lapan pencalonan hana tinggal tiga orang sahaja. Calon Naib Presiden pula terdapat 21 orang calon sebelum ini dan hanya sembilan orang calon sahaja yang mengesahkan pertandingan.

Sebanyak 30 pencalonan bagi jawatankuasa exco lelaki tetapi hanya 17 sahaja yang disahkan untuk bertanding dan bagi exco wanita pula sebanyak tujuh orang yang dicalonkan dan kesemua akan bertanding.

Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Hamidin Mohd. Amin selaku Setiausaha Agung FAM. Pengesahan pencalonan ini dilakukan pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM ke-11 bagi pemilihan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam