Tribunal Jenayah MH17 Gagal Ditubuh Akibat Kuasa Veto Rusia

Tribunal Jenayah MH17 Gagal Ditubuh Akibat Kuasa Veto Rusia
Tribunal Jenayah MH17 Gagal Ditubuh Akibat Kuasa Veto Rusia

Malaysia mengalami saat yang sangat mengecewakan apabila Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu telah gagal menerima draf resolusi untuk menubuhkan sebuah tribunal jenayah antarabangsa.

Tribunal jenayah antarabangsa ini boleh membicarakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.

Tambahan pula, draf resolusi ini bagi memastikan keluarga dan insan yang tersayang akan mendapat keadilan seterusnya pihak yang melakukannya akan menerima hukuman yang setimpal.

Terdapat unsur yang menahan daripada pihak bersalah dihukum walaupun mereka melakukan jenayah kejam dan telah membahayakan keselamatan penerbangan awam di ruang udara di mana dilanda permasalahan di masa hadapan.

Rusia telah menggunakan kuasa veto bagi membatalkan usaha draf resolusi tersebut walaupun ianya disokong daripada Chad, Chile, Perancis, Jordan, Lithuania, Nigeria, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika. Pihak China, Venezuela dan Angola tidak mengundi bagi draf resolusi ini.

Walaupun begitu, kerajaan Malaysia akan tetap berusaha untuk membawa para penjenayah kejam tersebut ke muka pengadilan dan semua anak kapal serta penumbang MH17 akan mendapat keadilan yang sepatutnya.

Segala usaha akan dilaksanakan bagi mencari jenis pendakwaan lain yang dapat digunakan bagi memastikan pihak bertanggungjawab ini akan menerima hukuman dan tidak akan memberikan ancaman kepada pihak lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam