Televisyen Digital Terestrial Guna 250,000 Set Dekoder MYTV di Sabah

Televisyen Digital Terestrial Guna 250,000 Set Dekoder MYTV di Sabah

Televisyen Digital Terestrial Guna 250,000 Set Dekoder MYTV di Sabah
Televisyen Digital Terestrial Guna 250,000 Set Dekoder MYTV di Sabah

Set dekoder percuma yang berjumlah lebih daripada 250,000 set yang disediakan oleh MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. bakal diberikan kepada penduduk Sabah. Ianya diberikan berdasarkan siaran Televisyen Digital Terestrial (DTT) yang bakal dilancarkan pada tahun 2016.

Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyatakan bahawa ianya hanya sebahagian daripada dua juta set dekoder. Dua juta set dekoder tersebut bakal diagihkan dengan percuma kepada penduduk di seluruh negara.

Pihak MYTV melakukan yang terbaik dengan memperluas siaran ujian DTT ke Sabah. Sabah telah pun dipilih sebagai tapak pertama bagi meluaskan siaran DTT di kawasan Sabah dan Sarawak. Tambahan pula, iana juga merupakan negeri yang keempat yang menjalani ujian DTT.

Pemancar ujian siaran DTT bukan sahaja dipasang di Bukit Karatong, Kota Kinabalu tetapi terdapat juga pemasangan di Gunung Andrassy di Tawau dan Bukit Trig di Sandakan. Justeru, diharapkan semua penduduk di negeri Sabah mestilah mengambil peluang yang baik ini untuk memperoleh maklumat yang terkini dengan terdapatnya siaran Televisyen Digital Terestrial.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam