Telefon Pintar Samsung Galaxy S8 Bakal Diperkenalkan 29 Mac 2017

Telefon Pintar Samsung Galaxy S8 Bakal Diperkenalkan 29 Mac 2017
Telefon Pintar Samsung Galaxy S8 Bakal Diperkenalkan 29 Mac 2017

Berita yang terbaik yang sememangnya ditunggu oleh ramai peminat apabila Telefon Pintar Samsung Galaxy S8 Bakal Diperkenalkan 29 Mac 2017. Ianya pasti menjadi pemangkin semangat kepada syarikat Samsung setelah tragedi buruk yang berlaku kepada telefon pintar Galaxy Note 7 yang mengalami masalah berkaitan bateri.

Tambahan pula, berita berkenaan pengeluar Samsung ini hendak kembali bersaing semula di pasaran yang mengeluar telefon pintar yang memenuhi keperluan para peminat. Samsung dijangka bakal mengeluarkan dua telefon pintar iaitu Galaxy S8 dan Galaxy Note 8 di mana acara khas tersebut bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat.

Rekaan terbaharu Galaxy S8 sememangnya sudah diketahui oleh orang ramai melalui laman web dan juga menerusi beberapa agensi media antarabangsa. Ianya produk yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat di pasaran antarabangsa.

Ianya dilengkapi oleh skrin sebesar 5.8 inci dan satu lagi panel bersaiz 6.2 inci. Telefon ini mempunyai saiz yang lebih besar jika dibandingkan dengan Galaxy S7 yang cuma 5.1 inci dan 5.5 inci.

Model-model Samsung Galaxy S8 ini akan mempunyai panel QHD Super AMOLED dan dijangka menawarkan nisbah skrin-ke-peranti sehingga 83 peratus. Cip Snapdragon 835 atau cip Exynos yang digunakan bergantung kepada pasaran dan akan dijana dengan menggunakan sistem operasi Android Nougat.

Selain itu, bateri 3000mAh akan digunakan oleh model 5.8 inci manakala model 6.2 akan menggunakan bateri 3500mAh. Galaxy S8 dijangka akan mengekalkan penggunaan memori 4GB RAM.

Samsung juga akan menggunakan rekaan versi edge iaitu mempunyai skrin yang telah direka akan melengkung pada kiri dan kanan. Sensor pengimbas cap jari pula akan berada pada bahagian belakang iaitu di bawah kamera. Ianya disebabkan oleh skrin hadapan dan tidak mempunyai butang ‘Home’ padanya.

Telefon Pintar Samsung Galaxy S8 Bakal Diperkenalkan 29 Mac 2017 mungkin tidak akan mempunyai lingkaran kerangka di sekeliling skrin dan juga mungkin tidak mempunyai butang sentuhan pada bahagian muka telefon pintar tersebut.

Pelancaran model yang terbaharu ini sememangnya akan dinanti-nantikan oleh semua peminat terutamanya kepada peminat fanatik gajet yang berasaskan android.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam