Tambang Istimewa AirAsia di Asia dan Australia

Tambang Istimewa AirAsia di Asia dan Australia
Tambang Istimewa AirAsia di Asia dan Australia

AirAsia yang merupakan syarikat penerbangan tambang rendah telah pun menawarkan tiga juta promosi tempat duduk. Tambang istimewa AirAsia di Asia dan Australia melibatkan lebih 20 negara yang bakal bermula dari 19 Oktober sehingga 25 Oktober 2015.

Tambahan pula, tambang istimewa ini bagi membolehkan segala urusan perniagaan dapat dipacu bagi perjalanan domestik dan antarabangsa. Ianya dijalankan secara meluas yang melibatkan penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Perjalanan domestik yang bermula di Kuala Lumpur, Malaysia yang menuju ke Pulau Pinang dan Kota Bharu adalah serendah RM29 sehala. Selain itu, tambang ke Langkawi adalah RM39 sehala, Kuching daripada RM89 sehala manakala ke Kota Kinabalu adalah RM109 sehala.

Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke luar negara pula yang melibatkan Pattaya, Thailand adalah serendah RM99 sehala, Goa(India) daripada RM229 sehala, Busan (Korea Selatan) bermula dari RM249 sehala manakala ke Sapporo (Jepun) adalah hanya daripada RM359 sehala.

Tambang istimewa AirAsia di Asia dan Australia adalah tertakluk kepada perjalanan sehala sahaja termasuklah kos cukai. Harga yang ditawarkan sememangnya menarik dan semua orang boleh melancong ke tempat yang diingini dengan kos yang berpatutan.

Tempahan bagi promosi tempat duduk ini boleh dibuat dari 19 Oktober sehingga 25 Oktober 2015 di mana tempoh perjalanan adalah mulai 1 Mac sehingga 29 Oktober 2016. Tempahan boleh dibuat melalui laman web AirAsia, aplikasi mudah alih Airsia di iPhone dan Android dan juga di laman mudah alih Mobile AirAsia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam