Yayasan Institut Jantung Negara iaitu IJN bakal menganjurkan konsert makan malam amal pada 18 Mac 2014. Program diadakan untuk memungut derma membiayai kos pembedahan pesakit kurang berkemampuan. Konsert selama sejam membabitkan duta yayasan tersebut iaitu Datuk Sheila Majid. Harapan IJN supaya organisasi korporat menyertai program ini dengan membeli meja berharga RM10,000, RM8,000, RM5,000 dan RM3,000.