Tag: Selangor

Telemovie Man Rider Guna Teknik Computer Graphic Image

Uniutama Management Holding Sdn Bhd yang dimiliki oleh Universiti Utara Malaysia telah menerbitkan telemovie yang baru bertajuk Man Rider yang banyak menggunakan teknik Computer Graphic Image (CGI). Ianya merupakan projek pertama yang menggabungkan teknik CGI dan animasi yang menggunakan bajet yang besar kerana mempunyai aksi seperti motor terbang, UFO dan macam-macam lagi.

Empat Daerah Selangor Alami Gangguan Bekalan Air 9 Oktober 2014

Empat daerah Selangor yang melibatkan kawasan di Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak bakal terlibat dengan gangguan bekalan air pada 9 Oktober 2014 bermula pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd iaitu Syabas telah menyatakan bahawa perkara ini berlaku disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium Abass Sdn Bhd

Malindo Air Terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah

Syarikat penerbangan hibrid pertama negara iaitu Malindo Air telah pun meluaskan penerbangan dari Subang, Selangor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah di Ipoh. Perkara ini akan membantu meningkatkan lagi pertumbuhan sektor ekonomi dan pelancongan negeri Perak. Sebelum ini di Ipoh hanya mempunyai satu penerbangan sahaja dalam tempoh beberapa tahun lalu diuruskan oleh syarikat penerbangan

Muhammad Akir Mustaqim Rashidi Maut Didera

Kanak-kanak lelaki Muhammad Akir Mustaqim Rashidi yang berusia enam tahun telah meninggal dunia dipercayai disimbah air panas dan dipukul. Ianya dipercayai berlaku di Pangsapuri Permai Ria, Taman Tasik Permai, Ampang, Selangor. Mangsa merupakan anak keempat daripada lima adik beradik ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas dihantar ibunya ke Hospital Ampang. Mangsa dipercayai

Temuduga Terbuka Jobsmalaysia Kelana Jaya 25 Januari 2014

Temuduga Terbuka Jobsmalaysia Centre Kelana Jaya 25 Januari 2014 Tarikh : 25.01.2014 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi-4.00 petang Tempat : JobsMalaysia Centre Kelana Jaya, No 2, SS5B/2, Kelana Jaya,Petaling Jaya, Selangor Majikan : Syarikat Prasarana Negara Berhad (Rapid Rail Sdn Bhd) Jawatan : Juruteknik (41 kekosongan) Diploma kejuruteraan/Mekanikal/Mekatronik Tel:03-78735100

Bantuan Perodua Kepada Mangsa Banjir Rawang Selangor

Perodua akan menawarkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di Rawang, Selangor melalui rebat khidmat menunda kenderaan, diskaun gantian bahagian tertentu dan pemeriksaan percuma menilai kerosakan kenderaan. Talian pengguna Perodua 1800-88-6600 boleh dihubungi bagi mendapatkan makumat atau talian 1800-88-5555 untuk bantuan tunda Perodua Smart Assist. Bantuan menunda boleh dituntut sehingga RM100 daripada Perodua mengikut syarat yang

Selangor Beri Bonus Sebulan Gaji Kepada 21,776 Kakitangan Awam

Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Hari Raya Aidilfitri. Kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini. Ianya diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan.