Rumah Mampu Milik Archives - Berita Semasa Online

Tag: Rumah Mampu Milik

Harga Rumah Mampu Milik Terengganu Turun Kepada RM68000

Kerajaan negeri Terengganu telah pun memaklumkan akan menurunkan harga Rumah Mampu Milik daripada RM73,000 kepada RM68,000. Perkara ini telah pun dinyatakan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di mana bayaran bulanan bakal diturunkan daripada RM323 kepada RM189. Selain itu, perkara yang juga dihapuskan melibatkan bayaran perkhidmatan sebanyak 5.5 peratus.

388 Unit Rumah Mampu Milik di Alor Gajah Melaka

388 unit rumah mampu milik akan dibina di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka dengan tanah seluas 12.1 hektar. Rumah teres mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi setiap satu, memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air. Seunit rumah akan dijual dengan harga antara RM120,000 hingga RM148,000. Jangkaan projek tersebut akan bermula pertengahan tahun ini dan