Kadar bayaran perkhidmatan kesihatan bagi hospital mahu pun klinik kerajaan tetap kekal seperti biasa bagi tahun 2014. Datuk Seri S. Subramaniam selaku Menteri Kesihatan telah berkata bahawa pihak Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menaikkan bayaran tersebut. Rakyat Malaysia boleh menikmati kemudahan dan rawatan di hospital dan klinik kerajaan seperti biasa kerana kadar tersebut tidak berubah.