Malaysia Book of Records memberi pengiktirafan kepada Syarikat Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) apabila memperkenalkan simulator bas pertama di Malaysia di Akademi Bas. Ianya berdasarkan akreditasi yang diterima Rapid Bus daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Kementerian Sumber Manusia seterusnya mengiktiraf program latihan pemandu bas. Simulator ini menjadi instrumen baru bagi program SLDN.