Kemalangan Jiwa Archives - Berita Semasa Online

Tag: Kemalangan Jiwa

Terowong Bawah Tanah Runtuh di Jalan Imbi

Terowong bawah tanah runtuh di Jalan Imbi yang sedang dalam pembinaan disebabkan oleh mendapan tanah di tapak pembinaan. Kejadian berlaku seperti yang dilaporkan oleh Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur lebih kurang pukul 10.30 pagi. Laluan di Jalan Imbi telah terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa. Perkara tersebut terjadi mungkin disebabkan oleh paip besar yang pecah

Bas Terjatuh Gaung di Wang Kelian

Bas yang membawa 45 penumpang termasuk pemandu telah terjatuh ke dalam gaung di laluan berbukit di Wang Kelian. Kemalangan jiwa tidak dilaporkan dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi. Penumpang terdiri daripada 33 wanita, enam lelaki dan lima kanak-kanak daripada Kepala Batas, Pulau Pinang. Kesemua yang terlibat menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Sebuah Bilik Asrama Maktab Mahmud Terbakar

Kebakaran yang berlaku telah memusnahkan sebuah bilik asrama pelajar lelaki Maktab Mahmud di Jalan Pegawai kira-kira jam 11 pagi tadi. Tiada sebarang kecederaan atau pun kemalangan jiwa yang telah dilaporkan disebabkan oleh semua pelajar pada masa tersebut sedang belajar di dalam kelas masing-masing.