Tag: Jalan Raya

Simulator Bas Pertama Rapid Bus di Malaysia

Malaysia Book of Records memberi pengiktirafan kepada Syarikat Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) apabila memperkenalkan simulator bas pertama di Malaysia di Akademi Bas. Ianya berdasarkan akreditasi yang diterima Rapid Bus daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Kementerian Sumber Manusia seterusnya mengiktiraf program latihan pemandu bas. Simulator ini menjadi instrumen baru bagi program SLDN.

Baitulmuqaddis dilanda Ribut Salji

Ribut salji melanda Baitulmuqaddis dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel. Kota ini lumpuh yang menyebabkan beratus-ratus buah kenderaan terkandas akibat jalan raya yang dilitupi salji. Pasukan penyelamat, polis dan tentera bertungkus lumus menyelamatkan ramai orang terkandas di beberapa buah lebuh raya. Suhu turun mencecah 2° Celsius akibat salji yang berterusan. Beribu-ribu penduduk