Tag: Hospital

150 Mati Berebut Minyak Lori Tangki Kemalangan

Perkara yang sememangnya sangat berbahaya yang dilakukan oleh orang ramai apabila 150 mati berebut minyak lori tangki kemalangan. Perkara ini berlaku di Sudan Selatan apabila tiba-tiba lori tangki minyak meletup di saat orang ramai sedang mencedok minyak petrol yang tumpah.

Ubat Penawar Demam Denggi Berada di Pasaran

Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menghasilkan kapsul daripada sari daun betik telah pun berjaya dihasilkan. Kapsul bertujuan sebagai penawar bagi merawat demam denggi yang menjadi fenomena yang membimbangkan bagi sesetengan negeri di Malaysia.

Hospital di Kawasan Banjir Perlu Bekalan Darah Jenis A dan AB

  Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa mereka sangat memerlukan bekalan darah jenis A dan AB. Ianya tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit terutamanya di negeri yang terjejas banjir dan bekalan tersebut semakin berkurangan. Timbalan Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya telah merayu kepada orang ramai untuk menderma darah sama ada di Unit Bergerak Kempen

Bayi Perempuan Lapan Bulan Cedera Parah Digigit Biawak

Bayi perempuan berumur lapan bulan yang mengalami kecederaan yang serius di bahagian muka dan kepala disebabkan oleh gigitan seekor biawak di Pulau Tioman telah pun stabil dan ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah di Johor. Perkara ini terjadi pada pukul 10 pagi di kuarters pekerja Berjaya Resort di Pulau Tioman. Bayi tersebut diletakkan oleh ibunya di

Kadar Bayaran Hospital dan Klinik Kerajaan Kekal

Kadar bayaran perkhidmatan kesihatan bagi hospital mahu pun klinik kerajaan tetap kekal seperti biasa bagi tahun 2014. Datuk Seri S. Subramaniam selaku Menteri Kesihatan telah berkata bahawa pihak Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menaikkan bayaran tersebut. Rakyat Malaysia boleh menikmati kemudahan dan rawatan di hospital dan klinik kerajaan seperti biasa kerana kadar tersebut tidak berubah.