Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun diketahui pada hari ini. Seramai 36,304 calon telah mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Mengikut apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 7.89 peratus daripada 460,407 calon UPSR telah mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.