Ramai pelajar telah memperoleh ‘A’ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berbanding tahun 2011. Seramai 15,793 daripada 459,118 calon peperiksaan memperoleh ‘A’ dalam semua subjek yang meningkat sebanyak 0.13 peratus berbanding tahun 2011 manakala 481 calon peperiksaan pula mencatatkan ‘A+’ dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Keputusan SPM 2012 diumumkan pada pagi ini iaitu