Tag: Bantuan Rakyat 1Malaysia

Bantuan Rakyat 1Malaysia Bermula 22 Februari 2014

Lebih kurang 2 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia tiada akaun bank bakal mendapatkannya secara berperingkat bermula 23 Februari 2014. Agihan BR1M kepada penerima akan dilakukan oleh pemimpin di kawasan parlimen masing-masing. Tambahan pula, 5.4 juta penerima BR1M yang mempunyai akaun bank bakal menerimanya ke dalam akaun bank masing-masing pada 22 Februari 2014.