Sebuah syarikat pengeluar alat permainan Jepun menghasilkan helikopter yang mungkin terkecil di dunia bernama NANO-FALCON. NANO-FALCON dikawal menggunakan alat kawalan jauh inframerah. Panjangnya hanya 65 milimeter dengan berat 11 gram. Ia dijual pada harga sekitar AS$46. NANO-FALCON boleh diterbangkan selama lima minit selepas dicaj selama setengah jam. NANO-FALCON juga dicaj menggunakan portal USB.