Seorang pencipta amatur iaitu Tao Xiangli di Beijing telah mencipta sebuah robot diperbuat daripada barang-barang kitar semula dan wayar elektrik di rumahnya. Dia menggunakan wang kira-kira 150,000 yuan (RM73,427) selama lebih 11 bulan untuk membuat robot. Barang-barang dibeli dari kedai menjual barang-barang terpakai. Robot tersebut mempunyai ketinggian 2.1 meter dan mempunyai berat 480 kilogram.