Syarikat Amazon Bakal Guna Gudang Kapal Udara Simpanan Produk

Syarikat Amazon Bakal Guna Gudang Kapal Udara Simpanan Produk
Syarikat Amazon Bakal Guna Gudang Kapal Udara Simpanan Produk

Berita yang menarik apabila Syarikat Amazon Bakal Guna Gudang Kapal Udara Simpanan Produk bagi menambahkan lagi kecekapan penghantaran barangan.

Amazon merupakan sebuah portal membeli-belah atas talian popular di mana Amazon.com Inc telah pun memfailkan paten supaya dapat menggunakan gudang kapal udara supaya dapat menyimpan produknya.

Tambahan pula, berita menyatakan kapal udara tersebut bakal berfungsi sebagai pangkalan utama untuk digunakan oleh dron-dron penghantar milik Amazon.

Paten yang dimohon juga telah menyatakan bahawa dron akan dilancarkan dari pengkalan kapal udara. Penggunaan tenaga adalah sedikit dibandingkan jika dilancarkan bermula dari permukaan tanah.

Syarikat Amazon Bakal Guna Gudang Kapal Udara Simpanan Produk akan diberikan nama ‘airborne fulfillment centers’ (AFC) iaitu ianya akan diterbangkan setinggi 13,700 meter dari permukaan tanah dan akan disokong oleh pesawat kecil atau pun ‘shuttle’.

Penggunaan kapal udara ini semestinya adalah sangat unik di mana Amazon sebelum ini telah menggunakan dron bagi penghantaran barangan kepada pengguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam