Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016 Ditangguh

Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016 Ditangguh

Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016 Ditangguh
Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016 Ditangguh

Kementerian Pendidikan baru sahaja mengumumkan bahawa syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditangguhkan. Syarat tersebut sepatutnya akan dikuatkuasakan mulai tahun 2016 dalam peperiksaan SPM.

Perkara ini diulas oleh Lembaga Peperiksaan yang menyatakan bahawa penangguhan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dibuat bertujuan memberikan lebih banak ruang dan peluang kepada guru-guru, para pelajar dan pihak-pihak berwajib untuk bersedia dengan lebih teratur.

Tamabahan pula, Lembaga Peperiksaan juga turut menyatakan bahawa Peperiksaan Pusat Amali Sains yang melibatkan mata pelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541), Biologi (Kod 4551) dan Sains Tambahan (Kod 4561) yang sepatutnya dimulakan pada tahun 2016 juga turut ditangguhkan.

Perkara ini dilakukan supaya dapat menyediakan kemudahan dan kelengkapan makmal sains di sekolah di seluruh negara dalam keadaan yang terbaik sebelum dapat menjalankan peperiksaan tersebut.

Kementerian Pendidikan juga berharap bahawa semua pihak yang terlibat mengetahui mengenai penangguhan ini dan bersedia untuk meneruskan syarat ini apabila sampai masanya nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam