Super Spontan Superstar 2016 Lebih Meriah Bermula 5 Ogos 2016

Super Spontan Superstar 2016 Lebih Meriah Bermula 5 Ogos 2016

Super Spontan Superstar 2016 Lebih Meriah Bermula 5 Ogos 2016
Super Spontan Superstar 2016 Lebih Meriah Bermula 5 Ogos 2016

Berita terkini berkaitan dengan program realiti komedi spontan popular iaitu Super Spontan Superstar 2016 lebih meriah bermula 5 Ogos 2016 dengan musim terbaharu. Program ini akan menampilkan 16 bintang yang tidak asing lagi di negara Malaysia.

Tambahan pula, dua personaliti media sosial yang popular akan bersaing dengan selebriti dan pelawak popular Malaysia. Mereka semua akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Harimau Hipster ataupun Monyet Mafia. Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak dipilih mengetuai barisan peserta yang lain.

Kehadiran personaliti media sosial iaitu Zukiee dan Jamal yang mempunyai pengikut tersendiri di dunia maya bakal membuatkan program ini lebih meriah dan mencabar.

Selain Zukie dan Jamal, ia turut disertai Johan Raja Lawak bersama isterinya, Ozlynn di samping Kamal Adli, Julia Ziegler, Altimet, Waris, Amyza Adnan. Barisan pelawak pula adalah Abam Bocey, Fad Bocey, Achey, Tauke, Syuk Joras, Ali Puteh dan Zulin Aziz.

Super Spontan Superstar 2016 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam. Ianya akan ditayangkan melalui Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (Saluran 134).

Super Spontan Superstar 2016 lebih meriah bermula 5 Ogos 2016 akan cuba ditonjolkan melihat kepada sambutan yang memberangsangkan dari tahun ke tahun. Peserta-peserta ini akan diuji dengan kebolehan dan idea mereka dengan pertarungan yang lebih hebat

Datuk AC Mizal sekali lagi telah dipilih untuk mengacarai program ini dengan ditemani oleh Amir Raja Lawak yang bakal menghangatkan lagi suasana pertarungan ini.

Afdlin Shauki telah dipilih sebagai komentator yang akan berpasangan dengan seorang selebriti jemputan yang diundang pada setiap minggu untuk memberikan komen-komen yang bernas berkenaan persembahan peserta.

Juara Super Spontan Superstar 2016 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 manakala naib juara pula akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000. Pemenang tempat keempat, kelima dan keenam turut akan memenangi wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Semoga program ini akan menghiburkan hati semua peminat di Malaysia dengan persembahan yang mantap di kalangan 16 orang peserta ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam