Sisa Pepejal Wajib Diasingkan Penduduk Malaysia

Sisa Pepejal Wajib Diasingkan Penduduk Malaysia
Sisa Pepejal Wajib Diasingkan Penduduk Malaysia

Peraturan yang baharu bakal dikenakan di enam buah negeri yang melibatkan 10 juta penduduk apabila sisa pepejal wajib diasingkan penduduk Malaysia. Pengasingan tersebut adalah berdasarkan komposisi di rumah penduduk sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Tambahan pula, peraturan baharu tersebut akan bermula pada 1 September 2015 bakal melibatkan negeri Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka. Peraturan ini juga akan digunakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ianya dinyatakan oleh Solid Waste and Public Cleansing Management Corp (SWCorp).

Negeri-negeri lain yang tidak dinyatakan tidak terlibat dengan peraturan pengasingan sisa pepejal disebabkan tidak lagi menggunakan Akta 672 dan bakal menggunakan peraturan ini apabila negeri-negeri ini menerima pakai akta ini.

Selain itu, sisa pepejal wajib diasingkan penduduk Malaysia akan melibatkan pemilik premis termasuklah penghuni kediaman yang bertingkat seperti rumah pangsa dan kondominium bakal dikenakan denda sebanyak RM 1,000 jika tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Walaupun begitu, denda hanya bakal dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2016 supaya dapat memberikan ruang kepada penduduk-penduduk untuk serasi dengan peraturan tersebut. Ia juga dilakukan supaya penduduk-penduduk akan sedar akan kepentingan mengasingkan sisa pepejal.

Notis-notis amaran bakal dikenakan terlebih dahulu kepada penduduk-penduduk jika tidak melaksanakan peraturan tersebut mulai 1 September 2015 dan denda hanya akan dikenakan apabila bermula 1 Jun 2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam