Shaharuddin Dilantik Ketua Jurulatih Pahang Musim 2016

Shaharuddin Dilantik Ketua Jurulatih Pahang Musim 2016
Shaharuddin Dilantik Ketua Jurulatih Pahang Musim 2016

Shaharuddin dilantik Ketua Jurulatih Pahang Musim 2016 di mana merupakan bekas pemain tengah terbaik Pahang era 90-an. Berita terbaru mengatakan bahawa Ahmad Shaharuddin Rosdi telah dipilih untuk menggantikan Zainal Abidin Hassan pada tahun 2016.

Persatuan Bola Sepak Pahang baru sahaja membuat pengumuman rasmi berkaitan perkara ini. Shaharuddin yang berumur 40 tahun sebelum ini telah memikul tanggungjawab sebagai Penolong Jurulatih Pahang sejak dari tahun 2010.

Shaharuddin dilantik Ketua Jurulatih Pahang Musim 2016 yang mana juga dikenali sebagai Coach Shah. Beliau juga merupakan bekas pemain kebangsaan yang dulu pernah beraksi bagi kelayakan Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996.

Shaharuddin telah diberikan amanah yang berat bagi memastikan pasukan bola sepak Pahang akan kembali bangkit dan menjadi pasukan yang digeruni dalam perlawanan bola sepak Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam