Setem Pos Malaysia Wajah Putera Wales dan Duchess Of Cornwall

Setem Pos Malaysia Wajah Putera Wales dan Duchess Of Cornwall

Setem Pos Malaysia Wajah Putera Wales dan Duchess Of Cornwall
Setem Pos Malaysia Wajah Putera Wales dan Duchess Of Cornwall

Berita terbaru iaitu pengeluaran Setem Pos Malaysia Wajah Putera Wales dan Duchess Of Cornwall bakal dikeluarkan di Malaysia. Sumber gambar setem ini berada di pautanĀ setem khas dan setem ini dikeluarkan untuk memberikan penghormatan kepada lawatan sulung pasangan diraja Britain itu ke Malaysia selama lima hari bermula 3 November 2017.

Tambahan pula, berita ini telah pun disampaikan oleh Diyana Lean Abdullah iaitu merupakan Ketua Unit Setem dan Filateli, Pos dan Kurier Pos Malaysia. Beliau menyatakan bahawa setem terhad ini akan dikeluarkan sebanyak 250,000 sahaja di mana dikeluarkan untuk satu reka bentuk secara bersiri.

Siri setem ini akan dijual di Sabah, Sarawak, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya) di mana bermula hari Jumaat ini.

Selain itu, penjualan di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bakal bermula pada hari Ahad bersamaan dengan 5 November manakala di negeri Perak pula akan dijual pada hari Isnin 6 November.

Setem Pos Malaysia Wajah Putera Wales dan Duchess Of Cornwall ini bakal menampilkan dua keping setem dengan bentuk wajah Putra Wales (RM1) dan Duchess Cornwall (RM1).

Perkara lain yang menarik apabila sebanyak 40,000 keping Lembaran Mini (LM) yang menampilkan wajah Putera Charles dan isteri Camilla yang berharga RM6 turut dikeluarkan selain daripada setem yang dinyatakan.

Pos Malaysia juga akan mengeluarkan satu set lengkap koleksi setem pasangan diraja Britain disertai dengan Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dan folder khas yang mempunyai logo Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Dua Hala antara Malaysia dan United Kingdom serta ditambah dengan satu keping lembaran mini yang dijual pada harga RM43.45 setiap set.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam