Setem Khas Sempena Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah

Setem Khas Sempena Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah
Setem Khas Sempena Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah

Berita Semasa Online cukup teruja apabila mengetahui bahawa Pos Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah yang melebihi 200 tahun bakal mengeluarkan percetakan emas bagi setem. Setem-setem tersebut akan dijual dengan harga 60 sen, 80 sen dan RM 1.20.

Ianya mempunyai keistimewaan yang tersendiri apabila menggunakan dakwat emas untuk menghasilkan setem. Setem-setem khas dan filateli ini bakal dijual sempena pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak XXXV yang akan berlangsung pada hari Khamis ini.

Tambahan pula, setem-setem tersebut bakal memaparkan potret Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Pada hari ini juga turut berlangsung pelancaran Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Buku Hikayat Misa Melayu bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV yang telah disempurnakan oleh Sultan Nazrin di Dewan Bandaran Ipoh.

Selain itu, Pos Malaysia juga bakal menjual lembaran mini yang berharga RM 5, sampul surat kosong berharga 50 sen dan juga folder yang mempunyai sampul surat dan lembaran mini yang berharga RM 5.50.

Pos Malaysia juga memberitahu bahawa setem berharga 60 bakal dicetal sebanyak 400,00 keping manakala setem berharga 80 sen dan RM 1.20 bakal dicetak sebanyak 250,000 keping.

Cop setem Kuala Kangsar boleh didapatkan oleh pembeli di Pejabat Pos Kuala Kangsar dan Ipoh pada 7 Mei 2015. Semoga semua mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan setem-setem dan filateli yang bersejarah ini untuk dijadikan sebagai sumber kenangan pada masa hadapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam