Setem Khas Pos Malaysia Sempena Kemahkotaan Sultan Johor

Setem Khas Pos Malaysia Sempena Kemahkotaan Sultan Johor
Setem Khas Pos Malaysia Sempena Kemahkotaan Sultan Johor

 

Pada tanggal 23 Mac 2015 ini seluruh rakyat di negeri Johor akan meraikan hari yang cukup bersejarah apabila negeri Johor akan mengadakan istiadat Kemahkotaan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Sehubungan dengan itu, Pos Malaysia Berhad bakal mengeluarkan koleksi khas setem dan filateli sebagai peringatan khas sempena peristiwa tersebut.

Tambahan pula, berita baik juga dinyatakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia iaitu Encik Azlan Shahrim iaitu produk ini bukan sahaja dijual di Johor malahan akan dijual di seluruh negara bermula dari hari Selasa ini. Perkara ini akan memberikan berita gembira kepada bakal-bakal penggemar dan pengumpul koleksi-koleksi terbaik setem dan filateli untuk menjadikan kenangan yang bersejarah sempena peristiwa Kemahkotaan Sultan Johor.

Pos Malaysia sangat berbesar hati dan seluruh rakyat di Malaysia sangat bertuah di mana dapat menjadikan koleksi khas tersebut sebagai simpanan yang sangat berharga. Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor ini memang sudah dinantikan sekian lama semenjak istiadat terakhir pada tahun 1960. Semoga istiadat ini berlangsung dalam keadaan yang terbaik dan semua rakyat di Malaysia dapat menyaksikan hari yang bersejarah tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Leave a Reply to SuperNifz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam